Page

Header Ad Banner

Friday, March 16, 2018

📰RAKYAT TAGIH JANJI SIAPKAN JAMBATAN KONKRIT(BESI) KE SK SUNGAI KAPIT DENGAN KADAR SEGERA.


RAKYAT TAGIH JANJI SIAPKAN JAMBATAN KONKRIT(BESI) KE SK SUNGAI KAPIT DENGAN SEGERA.


KAPIT: Meskipun Majlis Perasmian Pecah tanah Jambatan SK Sungai Kapit oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah 10 bulan berlalu iaitu pada 26 April 2017.

Namun ,sehingga kini tiada tanda-tanda pembinaan sudah bermula dan Jambatan Konkrit Besi yang dijanjikan sepatutnya di bina dari Jalan Bukit Goram bersebelahan Jambatan Sungai Senansang, yang menelan kos RM 12 Juta ,sepanjang 42.672 meter itu dijangka mengambil masa 18 bulan tempoh pembinaan bermula Jun 2017.

Buat masa ini, SK Sungai Kapit hanya boleh dihubungi dengan mengunakan JAMBATAN GANTUNG LAMA yang merentasi Sungai Kapit.

Masalah sekarang timbul bila , Pihak Kakitangan Sekolah terpaksa meletakkan kenderaan di seberang Jambatan Gantung Lama yang memiliki laluan sempit yang terletak di kawasan perumahan penduduk yang kekurangan tempat meletak kereta .

Dengan siapnya Jambatan Besi dari Jalan Bukit Goram akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500 pelajar dan Kakitangan Sekolah juga Ibubapa yang berurusan di Sekolah.

Dengan ini,saya mengesa pihak JKR Sarawak mempercepatkan pembinaan Jambatan Besi tersebut yang sudah terlewat dari jadual asal.

PAREN ANAK NYAWI
PENYELARAS DAP KAPIT
16 HB MAC 2018

DIHADAPAN JAMBATAN GANTUNG USANG SK SUNGAI KAPIT.


Pihak Kakitangan Sekolah terpaksa meletakkan kenderaan di seberang Jambatan Gantung Lama yang memiliki laluan sempit yang terletak di kawasan perumahan penduduk yang kekurangan tempat meletak kereta .

Search This Blog