Page

Header Ad Banner

Tuesday, April 28, 2015

Song Sarawak & sebuah pembangunan yang lambat...

Song Sarawak merupakan Pekan kecil yang terletak di bahagian Kapit Sarawak.Semalam (27hb Apr 2015) Daerah Kapit ..Daerah terpencil di Negeri Sarawak baru saja disiarkan di rencana Majalah 3(TV3).Penulis  dibesarkan & bersekolah di Pekan Kecil ini sekitar tahun (1980an-1998) (link)sebelum meninggalkan Pekan ini untuk melanjutkan pelajaran dan berkerja seperti kebanyakan anak muda di daerah Song yang lain.Masalah terbesar di daerah Song adalah pembangunan yang lambat....lawatan terakhir ke Pekan Song adalah musim cuti yang lepas Dec 2014 -Jan 2015..( LINK..)

Jalan Raya di PEKAN SONG yang teruk ??
Seperti kebanyakan  penduduk  Song yang lain ,penulis berpandangan jalan di Pekan ini adalah yang "TERBURUK" sekali sebab tidak diselenggara dengan mengikut STANDAR yang sepatutnya..memandangkan kita hidup di tahun 2015 bukan tahun 80an OK??
.Oleh itu,keadaan jalan yang sekarang ini adalah tidak masuk akal dan sepertinya pihak berwajib sekadar melepasakan BATUK DI TANGGA# 
SEMADI (munyi ko uhang Iban))#Setakat ini apakah tindakan pihak berwajib?? dimanakah Dana yang seharusnya untuk menyelenggara jalan ini di salurkan ?? Banyak sangat kah kenderaan di Pekan Song sehingga jalan boleh jadi seteruk begini..










#Ini Jalan Pekan bukan Jalan di Kem-kem Pembalakan#
Song ,Kapit Sarawak(N55 ADUN KATIBAS)
Penulis merupakan Admin kepada Facebook Page :https://www.facebook.com/SongSarawak

Search This Blog