Page

Header Ad Banner

Sunday, June 26, 2016

Bersama ROSE Sarawak semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 11


FB Page Link..
N.62 Katibas
Full Name : Paren Anak Nyawi
DOB : 3 Mac 1981
Highest Educational Qualification : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Akauntan Bertauliah di bawah Institut Akauntan Malaysia)
Political Party : Democratic Action Party (DAP)

Why did you decide to enter politics?
Sebab saya inginkan Perubahan dalam landskap politik di Sarawak terutamanya di kawasan Luar Bandar.
What is the fondest memory you have of your childhood?Saya membesar di Pekan Song Sarawak sekitar tahun 1981-1998 tempoh 17 tahun saya jarang keluar dari Pekan Song. Kehidupan masa kecil banyak dihabiskan di asrama sebab saya tinggal di asrama dari umur 7 tahun hingga 15 tahun. Membesar di asrama banyak kenangan yang tak dapat dilupakan.
Seperti berkongsi mee maggi yang direndam dengan air sejuk dengan rakan selepas habis belajar malam di asrama. Menyertai aktiviti olahraga, pidato & menyanyi solo khas semasa Hari Guru SMK Song tahun 1997. Juga bertanding pilihanraya Kelab Setia SMK Song tahun 1997 dimana saya memenangi Jawatan Presiden. Kenangan berdikari di asrama semasa sekolah rendah sangat tidak dapat dilupakan kerana terpaksa terpaksa berjauhan dengan ibubapa dari umur 7 tahun.
Saya menghabiskan Sekolah Rendah di Sekolah Rendah Bantuan(sekarang SK) Cardinal Vaughan Song, Sarawak(1988-1993) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Song (1994-1998).
If you are elected as our ADUN, which is the biggest issue that you would like to tackle first in YOUR constituency and how would you do it?
Kemudahan asas terutamanya Jalan Raya & Kemudahan elektrik 24 jam di Katibas. Ini adalah kerana sekiranya isu kemudahan yang sangat penting tidak dapat dilaksanakan dahulu.Adalah sangat sukar untuk kita merancang Pelan Pembangunan yang lebih komprehensive. Menaik taraf ekonomi penduduk dengan memperkenalkan Industri Desa pada masa yang sama mempromosi produk eco-pelancongan di kawasan saya di samping mengalakkan pertanian berskala kecil untuk penduduk kampung. Selain itu, kita mau penduduk Katibas memiliki geran tanah yang disukat di bawah Seksyen 18. Akhir sekali, pengagihan Projek Kecil Luar Bandar(Dana MRP) yang lebih adil.
What is your favourite Sarawakian food or drink?
Saya gemar makan mee kampua, buah dabai, terung dayak, ikan sungai dan daun midin (kemiding).
Describe the Sarawak you want to see in 10 years.
Masa itu Sarawak dapat menikmati royalti minyak 20% dan maruah orang Dayak dikembalikan di Sarawak dan tanah NCR dapat dipertahankan. Selebihnya banyak kawasan luar bandar sudah memiliki kemudahan asas.
Is there anything else you want to say to young voters?
Kepada pengundi muda tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi. Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi. Ubah!!

No comments:

Search This Blog