Page

Header Ad Banner

Tuesday, October 25, 2016

UTUSAN BORNEO :Hospital Kapit perlukan perhatian segera daripada pihak Kerajaan (25/10/2016)

Keperluan untuk menaik taraf atau membesarkan Hospital Kapit yang dipandang ringan oleh pihak kerajaan menerusi BAJET 2017.
Ini adalah kerana ,pada oktober 2013, Kementerian Kesihatan,pernah mengumumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf fasiliti dan kemudahan Hospital Kapit, Sarawak akan dilakukan secara berperingkat. Namun begitu ,peruntukkan BAJET 2017 yang lalu tidak menyokong kepada usaha itu kerana hanya Hospital Kuching dan Hospital Mukah yang menerima peruntukan menaiktaraf daripada BAJET 2017 bagi Negeri Sarawak.
 Seperti yang kita sedia maklum ,pihak Kementerian pernah melakukan beberapa kerja naik taraf seperti di Unit Kecemasan pada 2010, menaik taraf Unit Rawatan Rapi (ICU) dan stor ubat pada 2011 dan menaik taraf dapur dan 'paediatric isolation ward' pada 2012.
Selain daripada itu, Hospital Kapit hanya  menerima lawatan secara berkala pegawai perubatan pakar dalam bidang perubatan umum, pembedahan umum, otorinolaringologi, oftalmologi, ortopedik dan psikiatri,
Kementerian Kesihatan Malaysia  harus menimbang cadangan untuk menempatkan lebih ramai pegawai kesihatan kanan ,pakar bedah umum  dan pakar tulang untuk berkhidmat di Hospital Kapit.
Ini adalah kerana,“Pesakit perlu dirujuk ke Hospital Sibu disebabkan ketiadaan pakar bedah umum, walaupun Hospital Kapit dilengkapi kemudahan dewan bedah. Keadaan ini telah menyebabkan kerugian masa dan membahayakan pesakit.
“Ini disebabkan jarak masa yang diperlukan untuk menghantar pesakit dari Hospital Kapit ke Hospital Sibu memakan masa 3 jam perjalanan mengunakan boat dan anggaran masa 4 jam hingga 5 jam keseluruhan masa untuk sampai di Hospital Sibu ”  kita  berharap pihak Kerajaan memandang serius serta mengambil tindakan ke atas perkara ini.
Menurut sumber dari Lembaga Hospital Kapit, sekitar dua kes dirujuk dari Hospital Kapit ke Hospital Sibu setiap hari, menjadikan purata kira-kira 60 hingga 70 kes dirujuk setiap bulan.
Kebanyakan pesakit enggan dirujuk ke Hospital Sibu disebabkan faktor jarak perjalanan yang jauh dan masalah kewangan. “Ramai pesakit daripada keluarga miskin dan tidak mampu menampung perbelanjaan dan perlu ditemani ahli keluarga ketika dirawat di Hospital Sibu yang berasal dari lebih daripada 300 buah rumah panjang sekitar Daerah Song dan Daerah Kapit
Buat masa ini Hospital Kapit mempunyai bilangan katil sebanyak 135 buah.Antara Hospital yang tidak dihubungi Jalan Raya setakat ini yang memberi khidmat perubatan untuk Kawasan pedalaman yang agak luas .
“Namun, keadaan mungkin berbeza jika pegawai kesihatan kanan dan pakar bedah umum dapat ditempat di Hospital Kapit. Pesakit dapat mendapatkan rawatan di hospital tanpa perlu di pindahkan ke Hospital Sibu.
Buat masa ini Hospital Kapit amat memerlukan kemudahan mesin pengimbas tomografi berkomputer (CT Scan) untuk memenuhi keperluan klinikal dan keperluan untuk   membina  “Jalan Keluar” ke Jalan Utama iaitu Jalan Memora  harus di pandang serius oleh pihak Kementerian .Ini adalah kerana buat masa ini Hospital Kapit hanya mengunakan Jalan yang sama untuk keluar dan masuk.
Hospital Kapit telah dibina pada tahun 1958 oleh Pihak Missionary sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1974. Pernah menjadi Hospital yang sangat popular pada masa itu sehingga ramai pesakit daripada daerah lain seperti Kuching , Miri dan Sibu mendapatkan rawatan disitu.
Akhir sekali, kita berharap Kerja menaiktaraf Hospital Kapit dapat dilaksanakan dengan kadar segera demi membela  masyarakat pendalaman yang terpinggir.

PAREN ANAK NYAWI
Ketua DAP Katibas & Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sibu
25hb Oktober 2016



UTUSAN BORNEO (Selasa,25 Okt 2016)
Hospital Kapit perlukan perhatian segera daripada pihak Kerajaan (m/s 8)


BAJET 2017 NADAI NYANGKUNG NGEMANAH SEPITAL KAPIT
(UTUSAN BORNEO -Berita Iban,Selasa 25 Okt 2016) m/s 9.


No comments:

Search This Blog