Page

Header Ad Banner

Wednesday, November 1, 2017

📝Naiktaraf Klinik Desa Nanga Bena dan jalan SK Nanga Bena dengan kadar segera.



Kapit :Selepas mendengar aduan📝 daripada penduduk sungai Sut berkenaan jalan simpang menuju ke Klinik Desa Nanga Bena dan SK Nanga Bena yang menggunakan laluan yang sama, kami meninjau keadaan jalan yang sepanjang 300 meter ini masih lagi belum berturap walaupun jalan utama sudah diturap.
Menurut sumber, pihak kerajaan telah berjanji menaiktaraf jalan tersebut kepada jalan bertar dengan peruntukkan RM 200,000.💰
Tetapi setakat ini, kerja -kerja pembinaan 🔨🔩🔧belum dimulakan. Oleh itu, kami mengesa supaya kerja naiktaraf dilakukan dengan kadar segera supaya urusan harian penduduk ke Klinik dan sekolah berjalan dengan lancar.
Selain daripada itu, ADUN Pelagus juga pernah berjanji untuk menaiktaraf Klinik Desa Nanga Bena melalui manifesto Piliharaya Negeri Sarawak ke 11.
Antara keperluan mendesak 🏥Klinik Desa Nanga Bena, buat masa ini adalah Kemudahan Ambulan sekiranya berlaku kes kecemasan dirujuk ke Klinik Desa ini. Ini adalah kerana, jarak ke Hospital Kapit🏩 lebih kurang 40km dan pihak klinik terpaksa mengunakan motokar🚘 peribadi kakitangan klinik untuk menghantar pesakit kecemasan ke Hospital Kapit.
Paren Anak Nyawi
Penyelaras DAP Kapit
Pembantu Khas Ahli Parlimen Sibu
27hb Oktober 2017

Paren :https://dayakdaily.com/nanga-bena-clinic-needs-ambulance-upgrade/

Rep:https://dayakdaily.com/rep-school-relocation-efforts-halted-due-to-policy-change/

Search This Blog