Page

Header Ad Banner

Showing posts with label Dayak. Show all posts
Showing posts with label Dayak. Show all posts

Saturday, July 11, 2015

Burung akan terbang kembali ke sarang?

Menghabiskan masa selama 2 malam di Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Song..menyedarkan saya hidup ini  tidak selalu "indah"..Kebanyakan mereka yang terlibat adalah warga emas & bayi. ...memandangkan unit ini pusat pemantauan sementara...disebabkan kes kritikal akan di bawa ke Hospital di Kapit@Sibu...yang hanya dapat dihubungi dengan jalan sungai..Batang Rejang...Ambulans(air) yang ada untuk membawa pesakit ke Sibu/Kapit hanya Speed Boat & Boat Express...

KESAN PENGHIJRAHAN GOLONGAN MUDA KE BANDAR?
Saya secara peribadi telah meninggalkan Pekan Song selama 15 tahun untuk menyambung pelajaran & bekerja di negeri orang..#Fenomena ini bukan perkara baru.Semenjak 30 tahun yang lalu,bak kata orang kampung ."di mana ada periuk nasi disitulah kita berada"...disebabkan peluang pekerjaan yang kurang di pekan ini membuat kebanyakan generasi muda Dayak berhijrah..untuk mencari penghidupan yang lebih baik....#Kalau ada sekalipun ,hanya pekerjaan di sektor kerajaan yang terhad...Seperti yang kita sedia  maklum peluang untuk anak Dayak bekerja di sektor awam tipis ..walaupun mereka berkelayakan...Sehubungan dengan itu,bagi yang tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang tinggi.Kebanyakan mereka akan mencari peluang hidup di bidang "Offshore(kerja kelaut)pembalakan,Pembinaan dsbnya.

PERUBAHAN EKONOMI DAYAK
Semenjak 40 tahun yang lalu,sistem ekonomi masyarakat Dayak terpaksa berubah di sebabkan oleh arus kemodenan..sebelum zaman "merdeka" Orang Dayak hanya hidup bergantung dengan hasil pertanian (Menanam padi sendiri) & hasil buruan di hutan seperti babi hutan,rusa ,kijang & binatang buas yang lain & juga memungut hasil  hutan sebagai sumber penghidupan.Disebabkan ,Dayak dipulau Borneo hanya hidup dalam komuniti yang kecil.Dayak bukanlah golongan peniaga & memiliki kerajaan sendiri..tidak pernah dalam sejarah Dayak pernah memiliki kerajaan....hal ini bukan terjadi di Sarawak sahaja..malah Dayak di Kalimantan pun mengalami situasi yang sama..Sekiranya,orang Dayak sangat pandai berpolitik & memerintah kerajaan sendiri..50 tahun yang lalu mereka sudah membentuk kerajaan sendiri.Dengan kata lain,Sarawak tidak akan menyertai Malaysia.

BURUNG AKAN PULANG KE SARANG?
Setinggi-Tinggi burung terbang satu hari ia akan kembali ke sarangnya...
Merupakan pepatah yang biasa kita dengar. Sebagai kanak-kanak yang baru mengenal erti hidup..kita mungkin di takdirkan membesar di Pekan Kecil & daerah terpencil seperti Song ...kehidupan yg serba sederhana di Song.... & keadaan yang sulit mungkin keadaan yang biasa bagi penduduk Song..& lebih-lebih lagi bagi masyarakat Dayak yang menetap di hulu Sungai & di ceruk hutan sepanjang daerah Song...dianggarkan lebih kurang 140 buah rumah panjang dalam kawasan N.55 Katibas.Oleh kerana,lokasi yang berselerak di dalam hutan...amat menyukarkan penduduk untuk turun ke pekan Song.Secara realiti,penduduk yang menetap di hulu Katibas akan membelanjakan untuk minyak enjin sangkut ulang alik ke Pekan Song dalam RM 600 minimum satu trip. Kini,ada sesetengah rumah panjang yang tak berpenghuni...kalau ada pun hanya sedikit sahaja yang masih tinggal...ada ruang bilik yang tak berpenghuni...disebabkan semua sudah membeli/menyewa ( Tanah/Rumah) di Pekan & Bandar.

PELUANG PEMBANGUNAN DI KATIBAS (SONG),SARAWAK.
Memandangkan "missing links" Jalan Temalat-Ngemah akan siap pada tahun 2017.Maka akses ke daerah Song akan dijangka lebih mudah di masa depan.

Apabila semua mukim seperti Bangkit,Tekalit,Musah,Iran,Song,Manap,Embuau,Beguang.& Katibas dapat dihubungi menerusi jalan raya suatu hari nanti...saya percaya banyak peluang pekerjaan & peniagaan baru boleh di wujudkan.Selain meneroka prospek perladangan & pertanian secara komersial , "Cottage Industri" tanpa merosakkan alam sekitar & juga Industri Pelancongan.

Dengan wujudnya peluang perniagaan & pekerjaan di daerah ini akan membawa kembali "burung-burung yang terlepas untuk kembali ke sarang"..lebih awal dari musimnya...bukan sebagai pesara atau warga emas.

Oleh itu,polisi kerajaan yang memerintah sangat penting untuk memajukan ekonomi penduduk luar bandar..bukan setakat bagi Projek sebesar kutu..seperti Projek Tangki Air,Projek Atap,Projek Baja,Projek Anak Ikan,Projek Perahu,Projek Simen,Projek Generator dsbnya...Buat lah projek bersekala besar siapkan jalan raya hingga ke pelusuk rumah panjang nescaya pembangunan yang lain akan menyusur..seperti tiang api & paip air. (Kemudahan asas yang harus tersedia dari dulu lagi)

"UDAH TELEBA MERINSA
(Sudah biasa hidup susah),Bak kata org kampung,sudah biasa "merinsa".( hidup SUSAH,MERANA @ MENDERITA)
Disebabkan sudah biasa hidup susah generasi terdahulu DAYAK merasakan tidak perlu membuat "ADUAN" kepada kerajaan. Tidak ada budaya membuat "ADUAN" di kalangan mereka disebabkan situasi memang susah secara semulajadi .

ANANG NGELABAN PERINTAH
(Jangan lawan kerajaan)..Malaysia merupakan negara Demokrasi bukan Monarki tetapi budaya Wakil Rakyat yang melayan rakyat macam ditaktor melalui ugutan "tak mau bagi projek" membuat rakyat merasa yang kerajaan yang memerintah itu seperti Kerajaan Seribu Tahun.Dalam kata lain,mereka tak tahu kuasa sebenar yang ada dengan mereka

DAYAK PENJAGA HUTAN PULAU BORNEO.
Kalau di zaman dahulu ,menetap di kawasan hutan adalah kelebihan  bagi masyarakat Dayak yang merupakan penduduk asal pulau Borneo.Disebabkan hutan adalah sumber segala-galanya. Semenjak tahun 70an,apabila Industri Pembalakan kian pesat sebagai sumber pendapatan utama Sarawak selain Petroleum...banyak hutan dara telah diperkosa oleh Kompeni Balak & Industri pembalak merupakan sumber pendapatan utama masyarakat Dayak dengan menjadi kuli..di Syarikat Gergasi Pembalakan yang di pelopori oleh masyarakat peniaga(cina).Selepas malapnya industri pembalakan ,nasib orang Dayak tak jauh berubah walaupun ketika zaman emas pembalakan mereka mampu menerima pendapatan RM 10,000-RM 20,000 sebulan.Dayak masih miskin kerana kurangnya pendidikan,kurang ilmu dalam perniagaan & pelaburan. Gaya hidup yang tidak sihat ..seperti minum secara berlebihan merupakan faktor kenapa Dayak ketinggalan.

Bila berbicara dari segala segi Dayak memang masyarakat yang mundur disebabkan sikap sendiri.Mereka majoriti tetapi memiliki sikap minoriti.Dayak belum lagi matang dalam politik ??..Dayak hanya pandai berbunuh sesama sendiri..potong kepala sesama sendiri(zaman dulu).

Keberanian masyarakat Dayak seperti hanya sebuah cerita Dongeng.Bila kah Dayak akan terjaga dari mimpi yang panjang??

Wednesday, March 4, 2015

I AM DAYAK.....

Proclaim your ethnicity!!
I'm not only Iban , Berawan or Kayan but the most important thing is I AM DAYAK

Who is DAYAK??
DAYAK is a generic term that has no precise ethnic or tribal significance but distinguishes the indigenous people from the largely Malay population of the coastal areas.This term is UNIVERSAL given by Westerners (BORNEO & DAYAK origin 1830s)..When its come to LOCAL CONTEXT ? (the definition is slightly difference).Since BORNEO is comprises of INDONESIA BORNEO(Kalimantan),MALAYSIAN BORNEO( East Malaysia) & BRUNEI.


The Dayak or Dyak or Dayuh /ˈd.ək/ are the native people of Borneo. It is a loose term for over 200 riverine and hill-dwelling ethnic subgroups, located principally in the interior of Borneo, each with its own dialect, customs, laws, territory and culture, although common distinguishing traits are readily identifiable.Dayak languages are categorised as part of the Austronesian languages in Asia. The Dayak were animist in belief; however many converted to Christianity and Islam (http://en.wikipedia.org/wiki/Dayak_people)


my new FB page
click here to LIKE: iamdayakborneo
Related Link:
Borneo-vintage dayak-man-costume-part-1.
the-dayak-forgotten-hero-awang-anak.Raweng
Dayak Peacemaking Agreements in Borneo
the-sekapans-vanishing-dayak-tribe
Dayak-tribe-of-borneo-kenyah.
how-iban-known-as-sea-dayak-to Westerner
Senarai-penuh-34-sub-etnik-orang-ulu...

Search This Blog