Page

Header Ad Banner

Showing posts with label Lun Bawang. Show all posts
Showing posts with label Lun Bawang. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

RURAN ULUNG is a Legendary Lun Bawang maiden.


RURAN ULUNG is a Legendary Lun Bawang maiden.

According to the Lun Bawang legend, the most gorgeous maiden to walk on this earth was Ruran Ulung.


 She wasn't just a pretty face. She was also very intelligent.

 Lun Bawang(Link)people celebrates IRAU ACO LUN BAWANG(click)(Lun Bawang festival) annually on the first of June in Lawas, Sarawak

This festival is traditionally a celebration of the rice harvest, but now it showcases a variety of Lun Bawang culture and events such as Ruran Ulung (beauty pageant contest) and ngiup suling (bamboo musical instrument band).


Participants for the Ruran Ulung Contest paraded themselves in traditional Lun Bawang costumes and accessories during Irau Aro Lun Bawang in Lawas annually.

Miss Ruran Ulung 2011&2010
@IRAU ACO LUN BAWANG,LAWAS.

Miss Ruran Ulung 2007,2008 &2009
@IRAU ACO LUN BAWANG,LAWAS.



Related Post about LUN BAWANG:-
1) Asal Usul Lun Bawang/Lun Dayeh
2) Lun Bawang/Lun Dayeh -English Dictionary
3) Winds of change for Lun Bawang

Tuesday, August 16, 2011

ASAL-USUL suku LUNDAYEH(Sabah)/LUN BAWANG (Sarawak)

MURUT TAGAL (circa 1909)
Lundayeh merupakan nama yang diberikan kepada salah satu suku kaum peribumi di Sabah. Suku kaum Lundayeh kurang dikenali kerana ramai menganggap Lundayeh adalah Murut. Tidak hairanlah muncul pelbagai sebutan seperti “Lun Dayu”, “Lun Daya”, “Lan Dayu”, “Lun Daye”, “Lun Dayoh” dan sebagainya yang merujuk kepada suku kaum Lundayeh. Dari segi bunyi, Lundayeh disebut [lundayÓ™h].

Pakaian Tradisi Wanita Lun Dayeh

Suku kaum Lundayeh dikenali juga dengan nama Lun Bawang (di Sarawak dan Brunei Darussalam) yang merupakan penduduk etnik peribumi yang terawal menduduki Kepulauan Borneo.
Pakaian Tradisi wanita Lun Bawang

 Pada tahun-tahun sebelum 1960, suku kaum Lundayeh atau Lun Bawang dilabelkan dengan nama Murut (Pollard 1933, 1935; Southwell 1949; Crain 1974, 1978; Deegan 1973).

Istilah Murut banyak menimbulkan kekeliruan. Hujah ini benar berdasarkan pendapat Prentice, D.J (1965:127-150) bahawa, di Pulau Borneo terdapat

dua kumpulan orang Murut;

 satu kumpulan bernama Murut Sarawak (dikenal Lun Bawang) yang tinggal di Sarawak dan dikenal sebagai Lundayeh di Sabah, manakala 

satu kumpulan lagi digelar Murut Sabah dan dikenali sebagai Tagal di Sarawak. Mengikut Prentice D.J. lagi (dlm Bilcher Bala 1993:23) label Lun Bawang pada asalnya muncul daripada satu pertikaian klasifikasi Murut yang digunakan di Sabah dan Sarawak. 

Di Sabah, istilah itu dirujuk kepada suku-suku kaum seperti Timogun, Nabai, Baukon, Paluan, Sumambuq, Alumbis dan Tagal atau Tagol (Idahan Murut).

PAKAIAN TRADISI LELAKI LUN BAWANG
Manakala di Sarawak, label ini merujuk kepada Lun Bawang atau Tagal. Di samping pendeskripsian etnik Murut oleh Prentice D.J. ditemui juga identifikasi lain untuk merujuk etnik yang sama.

Menurut Langub (Ipoi Datan 1989:143), Murut is used by outsiders as an ethnic term of reference for the people "who consider themselves as Lun Bawang. However, the Lun Bawang use several other labels such as Lun Dayeh, Lun Lod, Lun Ba, Lun Tana Luun and Lun Bawang as terms of self-reference.

RURAN ULUNG(LUN  BAWANG/LUN DAYEH BEAUTY CONTEST5)

Terdapat dua persamaan kod rujukan etnik ini berdasarkan kajian Ipoi Datan dan Crain (1974) iaitu etnik yang disebut Lun Bawang dan Lun Dayeh. Crain yang memetik kajian Prentice D.J. (dlm Ipoi Datan 1989:143) berhubung dengan identifikasi etnik ini di Sabah, telah menyebut bahawa, "Notes that term "Murut" is used by outsiders to refer to a varied assortment of mountain peoples in northern Sarawak and the interior district of Sabah.

In Sabah, "Murut" is used as an ethnic term of reference for groups known as Timungon, Nabay, Baukan, Paluan, Sumambuq and Alumbis (Prentice 1972) and in Sarawak the people who call themselves Lun Bawang and sometimes Lun Dayeh.



Jadi, semua dapatan daripada kajian awal tentang asal-usul dan period kedatangan orang Lundayeh/Lun Bawang  ke Kepulauan Borneo adalah berkaitan secara langsung dengan suku kaum Murut meskipun dari segi bahasa kedua-dua suku kaum peribumi Sabah ini tidak ada persamaan leksikal.

Kajian Crain J.B (1978) mendapati bahawa Lun Dayeh atau Lun Bawang ditemui di Kepulauan Borneo: 25,000 di Kalimanatan, 2,000 di Sabah, 300 atau lebih di Brunei; dan 10,000 di Sarawak (Department of Statistics, Malaysian Population Report,1980). 

Di Kalimantan Timur, suku kaum ini ditemui di sekitar Bahau dan Mentarang, Kemaloh, Paya dan Sungai Sesayap; di Sabah tertumpu di kawasan Ulu Padas dan Mengalong; di Brunei iaitu di kawasan Temburong dan Pandaruan (Balang and Harrisson,1949; Harrisson 1959; Le Bar 1972). Manakala di Sarawak terdapat di Lawas dan Limbang dalam Bahagian Kelima.

Tarian panjang Lun Dayeh - Krayan Hulu, Kayan Mentarang Kalimantan

Seorang sejarawan barat bernama T.R. William (dlm. Mat Zin Mat Kib, 2003:25) berpendapat kira-kira 15,000 hingga 20,000 tahun yang lalu telah berlaku penghijrahan penduduk dari bahagian selatan Negara China ke Asia Tenggara dan kawasan pesisirnya, termasuklah ke Pulau Borneo. Antara mereka yang berpindah dari benua Asia ini sejak 1,500 hingga 1,000 SM terdiri daripada kumpulan etnik yang pada hari ini disebut “Dusun” dan “Murut”.

Tarian pinggan dari lelaki Lun Dayeh.- Krayan Hulu, Kayan Mentarang Kalimantan

Berdasarkan fakta inilah kelompok Dusun dan Murut dikatakan dua kelompok yang paling awal berada di Sabah. Kelompok ini secara umumnya disebut Melayu Proto (Bellwood 1985:103; Collins 1998:3-4). Tom Harrison (1959) dan S.Runciman (1960) juga mengesahkan bahawa kaum ini adalah yang terawal menetap di kawasan pergunungan di tengah Kepulauan Borneo.

Jika demikian halnya, berdasarkan bukti-bukti sejarah, Lundayeh dikaitkan dengan rumpun bangsa Austronesia dari cabang Nusantara yang telah bertapak di Kalimantan. Asmah Omar (1985:36,38) yang juga mengelompokkan rumpun Austronesia kepada empat keluarga. Menurutnya bahasa Lun Dayeh (Lundayeh) merupakan kelompok Indonesia Pusat selain bahasa Melayu, beberapa bahasa di Sarawak (kecuali Bisaya), Kalimantan dan pulau-pulau Indonesia lainnya. Perkaitan bahasa Lundayeh /Lun Bawang dengan Austronesia dibuktikan dengan terdapatnya beberapa contoh kosa kata Austronesia Purba (BAP) yang ada persamaan bunyi dengan kosa kata dalam Bahasa Lundayeh/Lun Bawang.


SOURCE:rurumteulundayeh.


Search This Blog