Selamat petang & salam sejahtera di ucapkan kepada hadirin yang datang pada ceramah petang ini terutamanya Barisan Kepimpinan Parti Tindakan Demokratik( DAP ) yang hadir pada hari ini iaitu MP(Gelang Patah)- YB Lim Kit Siang,MP(Kluang Johor)-YB Liew Chin Tong-Pengerusi DAP Sarawak .MP Kota Sentosa-YB Chong Chieng Jen...MP- Sibu YB Oscar Ling Chai Yew ,YB David Wong Kee Woan...MP -YB Alice Lau Kiong Yieng... ahli-ahli parti dan para hadirin yang hadir pada petang ini.
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri..saya Paren Anak Nyawi..berusia 34 tahun berketurunan Dayak Iban yang berasal dari Song (Sarawak) .Saya telah membesar di Song sehingga tamat persekolahan.Merupakan akauntan bertauliah yg telah menimba pengalaman kerja sebagai Juruaudit selama 10 tahun di Kuala Lumpur dan aktif bergerak bersama beberapa NGO yg berpengkalan di Kuala Lumpur & Selangor sebelum mengambil keputusan kembali ke Sarawak untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik(DAP) Sarawak & skg ini saya adalah Pengerusi Jawatankuasa Pro-Team Parti Tindakan Demokratik(DAP) Song Sarawak yang baru menapak di Song yang merupakan Kawasan ADUN N55 Katibas.
Sebagai anak muda & golongan professional Dayak yang inginkan PerUBAHan..saya menyahut cabaran untuk menyertai perjuangan DAP..sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kesamarataan ..& Demokrasi Sosial.Dengan ini,saya berterima kasih kepada DAP krn telah memberi peluang kpd pemimpin muda spt saya utk menyertai barisan kepimpinan parti.
"Politik Baru" yg di perjuangkan adalah selaras dgn ideologi parti Haiti-politik buta warna kulit ,politik pembelaan terhadap golongan tertindas & lemah ,politik persaudaraan kemanusiaan & kewarganegaraan -mesti di sebarkan dan di mantapkan .
Dayak & DAP.????
Persepsi DAP merupakan parti cauvinis Cina harus di kikis dikalangan masyarakat Dayak.Untuk menjawab kepada persoalan bahawa hak org Dayak akan terhakis sekiranya DAP berkuasa di negeri ini adalah tidak berasas walaupun DAP merupakan parti yang berideolgi Demokrasi Sosial.#Ini adalah kerana Dayak merupakan masyarakat Dayak adalah majoriti di negeri ini & mereka harus sedar yang peranan mereka amatlah penting menentukan kerajaan yang memerintah & menentukan polisi yg menjaga kebajikan bersama sbg rakyat Sarawak #Masyarakat Dayak masih memiliki sikap minoriti wpun Majoriti#
Cuma masyarakat muda Dayak perlu sedar yang mereka harus bersaing secara terbuka di bidang pendidikan ,bidang ekonomi & bidang perkerjaan#Dayak harus mempertingkatkan martabat menjadi bangsa yang memiliki "global standard# dan tidak gentar bersaing dengan bangsa yang sudah maju#Generasi muda tidak seharusnya bergantung kpd hak keistimewaan yg di janjikan oleh kerajaan walaupun kita berstatus bumiputera tetapi Dayak dilayan seperti Bumiputera kelas ketiga selama ini.Istilah yang tepat kita telah di"marginalised" .Bangsa Dayak tidak di iktiraf sebagai Bangsa ke 4 terbesar di Malaysia sebaliknya Dayak di kategorikan sebagai bangsa LAIN-LAIN.
50 tahun yg lalu ,ahli politik Dayak meminta jalan & jambatan di bina ,bekalan air bersih ,bekalan elektrik ,Klinik & Sekolah di bina..Hari ini masyarakat Dayak masih meminta benda yg sama.Persoalan nya??Adakah Dayak sudah belajar dari sejarah lalu?
Sehubungan dgn itu,penduduk Song ,Sarawak majoriti adalah orang DAYAK.Usaha pihak parti mendekati penduduk luar bandar yg kebanyakan masyarakat Dayak harus bersifat ikhlas supaya mereka merasakan parti ini bukan hanya relevan utk org di kwsn bandar shj..#Saya betul2 memerlukan sokongan dlm hal ini sebab byk program yg bersifat fizikal di perlukan sbg terjamahan kpd ideologi yg di perjuangkan.
Saya percaya warga N55 Katibas (Song Sarawak) akan menerima DAP sebagai sebuah parti yang betul2 memperjuangkan hak warga luar Bandar .Kita perlu betul2 melaksanakan kata2 yg kita telah laungan.Masalah di luar bandar yg kita sudah sedia maklum iaitu kemiskinan ,kurangnya peluang pekerjaan sehingga generasi muda terpaksa berhijrah ke kwsn bandar utk menampung ekonomi hidup ,pendidikan yg tidak sempurna & kemudahan infrastruktur yg serba kekurangan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya memetik kata punjanga Indonesia WS Rendra berbunyi sebegini.
KESEDARAN adalah MATAHARI .KESABARAN adalah BUMI .KEBERANIAN menjadi CAKERAWALA .Dan PERJUANGAN adalah PERLAKSANAAN kata-kata..DAP Go rural !!! Saya berhasrat mengundi untuk suatu perUBAHan di pilihanraya akan datang.- #Perubahan bukan Perubahan sampai terjadi suatu Perubahan#UBAH Sarawak.Sekian Terima Kasih.