Page

Header Ad Banner

Tuesday, August 16, 2011

Bisaya asal daripada kecantikan legenda Tatanak

Ratu Agak Asal Babulang 2010 (Ratu Babulang)
Misteri Etnik: Bisaya asal daripada kecantikan legenda Tatanak


DANG Insum bukan saja terkenal handal dalam peperangan serta mempunyai kesaktian tetapi juga sangat ayu sehingga dikatakan menjadi punca wujudnya nama Bisaya, nama baru yang diberikan Sultan Brunei selepas sekian lama masyarakat itu dikenali sebagai Tatanak.

Menurut Ketua Kampung Padas Damit, Said Masi, sebelum nama Bisaya muncul, kebanyakan orang Bisaya tidak beragama. Ia berlaku sebelum zaman kemasukan Pengiran Shahbandar Hassan sebagai wakil Sultan Brunei di sekitar daerah Beaufort.

Nama Bisaya muncul dalam pertandingan ratu cantik yang dianjurkan kerajaan Brunei dan bagi menghormati jemputan sultannya, Pengiran menghantar rombongan masyarakat Tatanak untuk menonton pertandingan itu.

Mewakili masyarakat itu untuk bertanding ialah Dang Insum yang dipilih sebulat suara oleh penduduk Padas Damit kerana kecantikannya dikatakan tiada tolok bandingnya di wilayah jajahan Brunei itu.

Nyata kecantikannya sukar digugat sesiapa termasuk warga Brunei, sekali gus membolehkan Dang Insum memenangi pertandingan berkenaan.

Kecantikan Dang Insum itu juga berjaya menarik perhatian Sultan Brunei sehingga berkali-kali baginda menyebut: “Bisai, bisai, bisai” yang membawa maksud cantik.

Pujian berkali-kali Sultan Brunei itu kedengaran di telinga orang Tatanak lain sehingga bermain di bibir mereka tetapi disebut Bisaya. Ia sekali gus menukar nama suku itu menjadi Bisaya yang kekal hingga hari ini. 

“Sebenarnya Dang Insum membawa maksud seorang yang sangat cantik. Oleh kerana itulah dikatakan Bisaya memang berasal daripada Padas Damit.
“Tidak dari negeri lain seperti kata sesetengah orang bahawa masyarakat kami bermula di Filipina kerana di sana ada Visaya tetapi sebenarnya di sana mungkin juga mereka yang berasal dari sini. Mereka bukan Islam.

“Bisaya memang wujud sejak dulu di sepanjang Sungai Padas Damit. Ini kampung asal kami sebelum ada yang berhijrah keluar.

“Malah, ramai mengakui nama Bisaya juga muncul disebabkan sejarah di wilayah ini. Dang Insum memang orang sini,” katanya lagi.

Kini, semua penduduk di Padas Damit berketurunan Bisaya. Penghijrahan keluar dari Beaufort mewujudkan lebih banyak perkampungan baru masyarakat Bisaya iaitu di Labuan, Keningau, Tenom, Tawau, Kudat dan malah hampir semua daerah di Sabah ada orang Bisaya.

Masyarakat Bisaya di Limbang dan Filipina mempunyai budaya serta agama berbeza kerana mereka menganut Kristian.

Keadaan ini menguatkan hujah bahawa memang wujud perbezaan antara Bisaya dan Visaya.

Budaya Bisaya di Limbang dikatakan lebih dekat dengan masyarakat Iban. Budaya Bisaya di Sabah pula tidak jauh berbeza dengan masyarakat Melayu di Semenanjung.





3 comments:

5689 said...

zzzzz2018.8.6
pandora jewelry
red bottoms
coach factory outlet
ugg boots clearance
pandora
nike shoes for men
jordan shoes
vibram fivefingers
coach outlet
ugg boots clearance

Unknown said...

ray ban eyeglasses
canada goose jackets
kate spade outlet online
vibram fivefingers
oakley sunglasses wholesale
kate spade outlet
nike outlet
christian louboutin shoes
nike outlet store
mulberry uk
0823qwrsad

jeje said...

Un directeur virtuel de cette équipe sera confronté à la tâche décourageante de s'assurer que chaque adidas zx flux camouflage homme membre interagit librement et efficacement sur tous les réseaux. Les chaussures de sport ne sont pas connues internationalement avant 1924, quand Adidas a été créé par un Allemand nommé Adi Dassler. La performance évidente de Loctite GO2 Glue aidera les gens à essayer de faire des réparations invisibles avec beaucoup moins de maux de tête. Maintenant, comme la plupart d'entre nous le savent, Nike sera le principal fournisseur de baskets et de vêtements de sport. Stockport est l'un des arrondissements les plus peuplés du Grand Manchester avec une population de 281 000 habitants. La cale en EVA avec cale à facettes ajoute air jordan 1 retro high femme de la facilité et du confort et soulage et aide les pieds.

Search This Blog