Page

Header Ad Banner

Saturday, October 10, 2015

Titik Permulaan baru di Katibas Song ,Sarawak.


Semenjak DAP bertanding di PRU 2013 dalam Parlimen Kapit .Kini usaha itu diteruskan di DUN Katibas dengan melantik Paren Anak Nyawi sebagai Pengerusi Protem DAP Katibas

Paren Anak Nyawi telah diperkenalkan kepada media secara rasmi semasa Ceramah DAP di Sibu pada 21hb Jun 2015 sempena Majlis Pelancaran Ibu Pejabat Sibu.

Justeru ,tanggal pada 25hb Ogos 2015 DAP Katibas telah menjemput Wakil Rakyat DAP untuk mendekati penduduk pendalaman di Pekan Song yang terletak 2 jam perjalanan dengan mengunakan boat express dari bandar Sibu.

Lawatan wakil rakyat DAP itu diketuai oleh  YB Liew Chin Tong(Ahli Parlimen Kluang) denagn ditemani YB Oscar Ling Chai Yew( Ahli Parlimen Sibu) , YB Wong May Ing (Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis Perak) dan Saudara Larry Asap (DAP Kapit) 

Program  “walkabout” DAP Katibas bersama Wakil Rakyat DAP  Sarawak dan DAP Malaysia telah berlangsung sekitar pukul 11 pagi hingga 3 petang  sambil mengedarkan risalah UBAH SARAWAK  kepada penduduk  yang berada di Pekan Song  sebelum berangkat ke Pekan Kapit untuk Randau Ruai Kedai Kopi di Pasar Kapit pada sebelah malamnya.

Dengan penetapan tapak oleh DAP  di kawasan luar Bandar seperti Katibas dan pembukaan Pusat Khidmat DAP Katibas pada 01 September 2015 merupakan suatu sejarah baru dimana DAP GO Rural merupakan usaha serius DAP Sarawak untuk terus memperjuangkan nasib penduduk luar bandar yang ketinggalan dari pelbagai sudut terutamanya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik , bekalan air dan perhubungan telekomunikasi yang masih lemah. 



PUSAT KHIDMAT DAP KATIBAS (N.55)
DAP KATIBAS SERVICE CENTRE at Pekan Song.
FB PAGE:Pusat-Khidmat-DAP-Katibas


Search This Blog