Page

Header Ad Banner

Tuesday, February 16, 2016

Roket BM Jan 2016:Tak perlu dana besar,komuniti jadi pengerak.

ROKET BM- Januari 2016 .Page 6 Impian Malaysia.Tak perlu dana besar,komuniti jadi pengerak.
Sumber :http://www.roketkini.com/wp-content/uploads/pub/Roket%20BM%20-%20Jan_2016.pdf

DULU, dua kejiranan rumah panjang - Rumah Timban dan Rumah Chirry di Sungai Iran, di Song berkongsi paip air dari empangan utama. Namun, air empangan itu kian sukar susut dan paras air menjadi sangat rendah hingga tidak dapat menampung keperluan dua rumah panjang itu. Paip usang sejak dipasang 15 tahun lalu, menambahkan lagi masalah kerana kerap bocor dan tidak berfungsi dengan baik. Sejak dua tahun lalu, kerajaan mengumumkan projek bantuan luar bandar. Ia kelihatan baik.

Sebaliknya, ia mencetus permusuhan antara keduadua penduduk rumah panjang itu lantaran sikap pilih kasih. Kerajaan membantu Rumah Chirry tetapi mengabai Rumah Timban. Rumah Chirry menerima paip berketumpatan tinggi bersama penapis air manakala Rumah Timban tidak menerima apapun, walaupun sudah merayu. Meski ada lebihan paip projek di Rumah Chirry, bahan itu disimpan berkunci di gudang milik Rumah Chirry.
Ada desas desus mengatakan pendirian penduduk Rumah Timban yang cenderung menyokong pembangkang sebagai punca penindasan itu. Bagi 16 keluarga di Rumah Timban, tersisih dari bandar utama Song dengan Sungai Iran, keterasingan itu akan menyebabkan pihak luar sukar membantu jika kerajaan enggan menghulur bantuan. Untuk sampai ke rumah panjang, ia memerlukan sebuah bot dan mengambil masa 30 minit dari bandar Song, terkenal sebagai laluan paling sukar di Sarawak kerana ketiadaan jalan menghubungkan rumah panjang dengan kawasan lain.

Bot satu-satunya pengangkutan yang boleh sampai melalui Sungai Rejang, dua jam perjalanan dari Sibu. Itu tidak menghalang Impian Sarawak untuk memindahkan 15 gelung paip dan bahan binaan di tujuh bot panjang, sebelum ditarik dan dipasang di kawasan seberang pada jarak 1.5 kilometer dari sumber empangan baru. Empangan itu ditemui penduduk dan kemudian dibina oleh Impian Sarawak. Mujur, ketika itu musim hujan dan paras air yang tinggi memudahkan kerja pemasangan. Dua kunjungan susulan - September dan Oktober - dibuat sebelum pembinaan dan kerja bermula pada November dan memakan masa tiga hari untuk siap.

Empangan baru mengambil masa 20 minit berjalan kaki dari rumah panjang. Sumber air itu mengalir terus dan penduduk bersepakat air itu tidak akan kering meskipun kemarau melanda. Selain sukarelawan dan 45 penduduk menyiapkan kerja, projek itu turut dibantu Pengerusi Sementara DAP Kabitas, Paren Anak Nyawi dan Nyambung, individu bertanggungjawab di rumah panjang. Perasmian projek itu dibuat Adun Pelawan, David Wong, menyaksikan penglibatan sulung Impian Sarawak di Kapit, kawasan paling mundur dari segi pembangunan dan paling terpencil antara 12 daerah di Sarawak. Projek Impian membuktikan tiada kerumitan atau dana besar diperlukan untuk membolehkan sistem dijana untuk keperluan masyarakat itu dibuat kerana ia boleh dicapai melalui belanja sederhana - dibuktikan dengan projek hanya RM15,000 - dengan komuniti sebagai penggerak kepada projek itu

No comments:

Search This Blog