Page

Header Ad Banner

Showing posts with label N.62 Katibas. Show all posts
Showing posts with label N.62 Katibas. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Jelajah Sungai Musah -DAP Katibas(Feb 2016)

Sungai Musah Katibas Song memiliki 10 buah rumah panjang.
1) Rh Japok Ribai ,Nanga Senyaru 
2) Rh Ajan Gait,Nanga Musah
3) Rh Philip Geliga ,Lubok Subong
4) Rh Dampol Kanin,Nanga Pasi
5) Rh Bagan Jugam ,Nanga Tengangai
6) Rh Tugang Bati ,Emperan Kasai
7) Rh Baro Mawa,Nanga Semulong,Batu Ensulit
8) Rh Demang Rebai ,Emperan Menuang
9) Rh Joslee Unchat ,Nanga Matalau
10) Rh Sanda Tading ,Nanga Setapang ,Ulu Musah

Sekarang Sungai ini kurang berpenghuni semenjak penutupan Sekolah Rendah Kerajaan Nanga Musah (yang terletak di Sungai Musah) beberapa tahun yang lalu dan dipindahkan ke Nanga Nyimoh (Sungai Katibas).
Kini ramai penduduk telah berhijrah ke kawasan berdekatan pekan Song untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Hanya 2 buah rumah Panjang dapat yang memiliki akses Jalan iaitu Nanga Senyaru (Jalan Song -Nanga Banjor ) & Ng Matalau (Jalan Balak) manakala 8 buah rumah panjang yang lain masih dihubungi dengan Jalan Sungai. Kini , ada 2 rumah panjang yang langsung tak berpenghuni disebabkan semua penduduknya telah berhijrah ke kawasan yang lebih maju.
Jelajah Sungai Musah -DAP Katibas(Feb 2016) ,SONG SARAWAK
BEKAS Tapak Sekolah Rendah Kerajaan Nanga Musah yang sudah dipindahkan

Tuesday, February 16, 2016

Roket BM Jan 2016:Tak perlu dana besar,komuniti jadi pengerak.

ROKET BM- Januari 2016 .Page 6 Impian Malaysia.Tak perlu dana besar,komuniti jadi pengerak.
Sumber :http://www.roketkini.com/wp-content/uploads/pub/Roket%20BM%20-%20Jan_2016.pdf

DULU, dua kejiranan rumah panjang - Rumah Timban dan Rumah Chirry di Sungai Iran, di Song berkongsi paip air dari empangan utama. Namun, air empangan itu kian sukar susut dan paras air menjadi sangat rendah hingga tidak dapat menampung keperluan dua rumah panjang itu. Paip usang sejak dipasang 15 tahun lalu, menambahkan lagi masalah kerana kerap bocor dan tidak berfungsi dengan baik. Sejak dua tahun lalu, kerajaan mengumumkan projek bantuan luar bandar. Ia kelihatan baik.

Sebaliknya, ia mencetus permusuhan antara keduadua penduduk rumah panjang itu lantaran sikap pilih kasih. Kerajaan membantu Rumah Chirry tetapi mengabai Rumah Timban. Rumah Chirry menerima paip berketumpatan tinggi bersama penapis air manakala Rumah Timban tidak menerima apapun, walaupun sudah merayu. Meski ada lebihan paip projek di Rumah Chirry, bahan itu disimpan berkunci di gudang milik Rumah Chirry.
Ada desas desus mengatakan pendirian penduduk Rumah Timban yang cenderung menyokong pembangkang sebagai punca penindasan itu. Bagi 16 keluarga di Rumah Timban, tersisih dari bandar utama Song dengan Sungai Iran, keterasingan itu akan menyebabkan pihak luar sukar membantu jika kerajaan enggan menghulur bantuan. Untuk sampai ke rumah panjang, ia memerlukan sebuah bot dan mengambil masa 30 minit dari bandar Song, terkenal sebagai laluan paling sukar di Sarawak kerana ketiadaan jalan menghubungkan rumah panjang dengan kawasan lain.

Bot satu-satunya pengangkutan yang boleh sampai melalui Sungai Rejang, dua jam perjalanan dari Sibu. Itu tidak menghalang Impian Sarawak untuk memindahkan 15 gelung paip dan bahan binaan di tujuh bot panjang, sebelum ditarik dan dipasang di kawasan seberang pada jarak 1.5 kilometer dari sumber empangan baru. Empangan itu ditemui penduduk dan kemudian dibina oleh Impian Sarawak. Mujur, ketika itu musim hujan dan paras air yang tinggi memudahkan kerja pemasangan. Dua kunjungan susulan - September dan Oktober - dibuat sebelum pembinaan dan kerja bermula pada November dan memakan masa tiga hari untuk siap.

Empangan baru mengambil masa 20 minit berjalan kaki dari rumah panjang. Sumber air itu mengalir terus dan penduduk bersepakat air itu tidak akan kering meskipun kemarau melanda. Selain sukarelawan dan 45 penduduk menyiapkan kerja, projek itu turut dibantu Pengerusi Sementara DAP Kabitas, Paren Anak Nyawi dan Nyambung, individu bertanggungjawab di rumah panjang. Perasmian projek itu dibuat Adun Pelawan, David Wong, menyaksikan penglibatan sulung Impian Sarawak di Kapit, kawasan paling mundur dari segi pembangunan dan paling terpencil antara 12 daerah di Sarawak. Projek Impian membuktikan tiada kerumitan atau dana besar diperlukan untuk membolehkan sistem dijana untuk keperluan masyarakat itu dibuat kerana ia boleh dicapai melalui belanja sederhana - dibuktikan dengan projek hanya RM15,000 - dengan komuniti sebagai penggerak kepada projek itu

Thursday, February 11, 2016

Stesen Pertanian Nanga Engkuah Song Katibas: Sebuah projek terbengkalai Barisan Nasional ?



Nanga Engkuah Katibas Song-Januari 2016
(Sebelah kiri sekali -Lokasi PROJEK STESEN PERTANIAN NANGA ENGKUAH KATIBAS SONG)
Tanggal 8hb Januari 2016 saya sempat "mudik" ke Hulu Katibas dan sampai di Nanga Engkuah Katibas, penduduk sempat menunjukkan ke satu lokasi tapak yang dulu pernah terpacak Papan Tanda PROJEK  STESEN PERTANIAN NANGA ENGKUAH KATIBAS SONG.



Menurut penduduk , semasa Pilihan Raya Umum ke-13 pada May 2013 papan tanda itu masih gah berdiri tetapi kini semua kembali kelihatan seperti belukar tidak ada sebarang tanda. 


 Menurut sumber, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan untuk membina 2 Stesen Pertanian Baru pada November 2010 dan kini setelah lebih 5 tahun berlalu ??

 18 stesen pertanian akan dibuka semula( November 4, 2010, Thursday)
Kuching: Sebanyak 18 buah stesen pertanian akan dibuka semula, manakala dua buah stesen baru akan dibina di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.Manakala dua buah stesen baru akan dibina di Sungai Tunoh dan di Nanga Engkuah, Song, yang kedua-dua-nya dalam bahagian Kapit . 
Sumber http://www.theborneopost.com/2010/11/04/18-stesen-pertanian-akan-dibuka-semula

Namun ,selepas PRU 13 , pada Oktober 2013 selepas tiga tahun menabur JANJI PALSU ,Kerajaan BN selagi lagi berjanji PROJEK STESEN PERTANIAN NANGA ENGKUAH KATIBAS SONG akan siap pada tahun 2014.


Kenyataan daripada  Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang ( Oktober 2013) 
Sementara itu, katanya, enam daripada 46 stesen pertanian baharu yang dirancang dibina di kawasan luar bandar negeri ini akan mula beroperasi pada tahun depan, antaranya Tekajung (Pulau Bruit), Tunoh Kapit, Nanga Engkuah Song Katibas, Entabai Pakan dan Nanga Lawih.

Beliau berkata, penubuhan stesen itu penting bagi membolehkan pegawai penyelidikan menjalankan penyelidikan dan pembangunan secara lebih efektif terhadap buah-buahan, ikan, tumbuhan asli serta herba yang terdapat di kawasan luar bandar.
           Sumber :http://www.theborneopost.com/2013/10/02/


Kesimpulannya PROJEK STESEN PERTANIAN NANGA ENGKUAH KATIBAS SONG ini sudah terbengkalai lebih daripada 5 tahun ,janji siap sepenuhnya pada tahun 2014 oleh Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang merupakan
JANJI PALSU !! .


#Info: Nanga Engkuah masih lagi dihubungi dengan Jalan Sungai & Jalan Balak(access ke SK Nanga Engkuah sahaja) di seberang SK Engkuah ada 3 buah rumah panjang iaitu Nanga Setuchok ,Nanga Sesibau & Nanga Engkuah ,Projek Jambatan dari Jalan Balak ke 3 rumah panjang ini pernah di umumkan dulu dan kini Projek Jambatan Engkuah masih belum dilaksanakan hingga kini)

Search This Blog