Page

Header Ad Banner

Friday, April 28, 2017

KISAH DI BALIK CERITA SEORANG PENCINTA SENI HALUS DI KATIBAS, SONG SARAWAK

Encik Yunus Bin Basri adalah seorang pemuda berbangsa Melanau yang berasal dari Kampung Semop, Matu, Sarawak yang mendirikan rumah tangga dengan gadis Iban dari Nanga Sepadi, Katibas Song. Beliau yang memiliki bakat semulajadi dalam teknik pengukiran kayu atau seni halus, tidak pernah mendapat sebarang pendidikkan rasmi dalam seni ukiran kayu. Dengan bakat yang dimilikinya, beliau telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan hasil kerja tangan beliau kepada komuniti di Pekan Song.

Bersama Encik Yunus Bin Basri  , dihadapan patung Kerbau ukiran beliau yang
didirikan pada 3hb Mac 2017 di hadapan PINTU GERBANG , Nanga Sepadi Katibas Song sebagai tanda
memperingati KEWUJUDAN  KERBAU di sini pada tahun 1970an.



ANTARA HASIL KARYA SENI HALUS BELIAU YANG LAIN DI NANGA SEPADI ,KATIBAS SONG,SARAWAK

Setakat ini beliau telah menyumbangkan replika seorang pahlawan Iban, Balang Balai Nyabong of Katibas (tekan LINK) dan replika seekor kerbau di Rumah Jarop, Nanga Sepadi,Katibas Song ,Sarawak (tekan link -->
memorial-sculpture-of-bujang-berani. )


Replika seorang pahlawan Iban, Balang Balai Nyabong Oleh ENCIK YUNUS BIN BASRI yang didirikan pada 21HB APRIL 2013


Jalan menuju ke Makam ENGKABANG AK SANDAH seorang pahlawan Iban yang berasal dari Nanga Baki Baleh,Sarawak .Beliau berpindah ke Nanga Sepadi menjadi anak angkat kepada Sandah dan Langit atas sebab buruan KERAJAAN BRITISH. Nama terdahulu beliau ialah KENYALANG dan ditukar kepada ENGKABANG darisepohon Kayu Engkabang yang dijadikan perangkap engkerebah oleh beliau untuk membunuh musuh.
Hasil sumbangan ENCIK YUNUS BIN BASRI untuk PINTU GERBANG BUJANG BERANI


Antara agensi lain yang pernah menerima sumbangan karya seni beliau ialah Pusat Internet Song dan Pejabat Daerah Song
Karya ENCIK YUNUS BIN BASRI di PUSAT INTERNET SONG ,SARAWAK

PATUNG KENYALANG hasil sumbangan ENCIK YUNUS BIN BASRI
 dihadapan PEJABAT DAERAH SONG

Daerah SONG ,SARAWAK, pada hakikatnya mempunyai banyak pencinta seni kecil seperti Encik Yunus Sabri seperti seni kreatif dalam penghasilan kraftangan tradisional dan juga peralatan tradisional, terutamanya golongan pertengahan umur yang masih mengamalkan pembuatan hasil tangan untuk keperluan dan kegunaan mereka sendiri.
Justeru kita berharap agar pihak kerajaan dapat mewujudkan satu organisasi yang mempunyai pengurusan dan kewangan yang teratur dan kukuh di dalam menjamin kesinambungan bakat mereka di dalam menghasilkan kraftangan seni halus tradisional sebagai satu produk komersial.
Dengan ini, produk dan juga tradisi masyarakat setempat khasnya Daerah Song bukan sahaja dapat diperkenalkan kepada dunia luar tetapi dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
http://www.utusanborneo.com.my/2017/05/06/pengelandik-ngukir-kayu-ngangkatka-nama-yunus-basri-di-pelilih-mit-song



Search This Blog